Tuesday, August 17, 2010

Shoot Norgee Bridal & Boutique


Hari Sabtu baru-baru ni 14 Ogos 2010, Norgee Bridal & Boutique telah menjemput kami untuk melakukan beberapa shoot untuk model pakaian perkahwinan dan pertunangan yang bakal disediakan kepada pelanggan nanti..shoot ni telah dilakukan di kedai Norgee sendiri kat area Kampung Pandan Dalam..Alhamdulillah, semuanye brjalan dengan baik tanpa ada sebarang masalah..Thanks jgak kepada tuan pnye kedai, Norgee yang memberikan kepercayaan serta tugas ni kepada kami..Untuk makluman semua, Norgee Bridal & Boutique ada menyediakan segala kelengkapan bagi mereka yang ingin melangsungkan majlis yang amat bermakna terutama sekali untuk majlis pertunangan..Bermula dari barangan kelengkapan untuk hantaran serta pelamin turut disediakan bagi mereka yang menginginkan sesuatu yang berbeza di samping harga yang amat berpatutan..tak caye, bleh layari laman web 'norgeecollection.blogspot.com' ..berikut terdapat beberapa gambar yang telah diambil semasa proses pengambaran tu...layan dulu...







Syahzakhuan Photography
Photographer + Editing : Zakhuan + Syahril

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan 1431H

RABU 11 OGOS 2010 bersamaan 1 RAMADHAN 1431H...Saje je aku highlightkan benda ni..Kejap je kan, dah jumpe balik bulan yang penuh berkah ni..Mudah-mudahan kite dapat melaksanakan ibadah puasa ni dengan baik dan sempurna..Bulan ramadhan sebagai bulan pelebur dosa dengan pintu taubat yang sentiasa terbuka luas..Salah satu berkah ramadhan adalah kita dapat melebur dosa-dosa yang telah kita lakukan dengan amal dan doa, sangat besar keutamaan bulan ramadhan sebagai bulan penghapus dosa. Oleh itu jangan sia-siakan kesempatan ini.. Perbanyakan amal ibadah kita pada bulan ini dan jadilah manusia yang dapat memberi manfaat bagi lingkungan sekitar kita..Akhir kata dari kami, 'jadikan ramadhan gelanggang untuk beribadah..bukan sekadar berlapar & dahaga..meriahkan ramadhan ini dengan beribadah..muhasabah & sucikan hati..'..Salam Ramadhan dari kami, Syahzakhuan Photography..





Syahzakhuan Photography
Photographer + Editing : Syahril

Wednesday, August 4, 2010

Majlis Aqiqah, Tahlil & Kesyukuran, Keluarga En Saharudin & Pn Sharifah

Pada 31 Julai hari tu, majlis aqiqah, tahlil dan kesyukuran telah diadakan oleh keluarga En Saharudin & Pn Sharifah di mana majlis ni berlangsung di Bandar Tun Razak Cheras..Biase la, tahlil ni selalunye memang orang buat malam kan..kami menerima job ni last minit je, masa tu wife aku kebetulan ada kat dalam wad lagi..pening jgak la camne nak arrange waktu..nasib baik semuanye sempat dan berjalan dengan lancar..Alhamdulillah..terima kasih ke atas keluarga En Saharudin & Pn Sharifah yang agak sempoi di depan kamera..dan tak lupe juga kepada En Mior sebab memberi kepercayaan kepada kami untuk shoot pada majlis tersebut...Berikut terdapat beberape gmbar yang diambil pada malam itu..enjoy this!!











Syahzakhuan Photography
Photographer + Editing : Zakhuan + Syahril